Pertanian dan perindustrian Ekonomi_Switzerland

Contoh jam tangan buatan Switzerland berjenama TAG Heuer.

Pada zaman moden, infrastruktur industri Switzerland telah banyak berubah. Bagaimanapun, industri pertanian tetap penting. Orang Swiss juga berbangga dengan hasil pertanian di mana hampir 50 peratus daripada makanan negara dibekalkan sendiri. Hasil pertanian termasuk gandum, barli, ubi kentang, bit gula, epal, pic dan anggur. Produk tenusu seperti keju dan mentega dieksport ke luar negara. Switzerland juga mencapai kemajuan dalam bidang perindustrian termasuk pembuatan perkakasan dan operasi jentera canggih yang digunakan dalam pemprosesan logam dan sebagainya.

Pada akhir abad ke-16, ramai pelari Protestan dari Perancis mencari tempat perlindungan di Switzerland akibat penindasan agama. Di antara mereka ada sekumpulan pembuat jam yang berkemahiran tinggi. Bukti kemahiran dan kepakaran mereka dapat dilihat pada kualiti jam Switzerland. Teknologi dan kemahirannya menjadi tanda dunia. Selain itu, pisau serba guna dipanggil pisau Swiss merupakan peralatan penting setiap ahli pengakap dalam aktiviti luar. Daripada ciri reka bentuk yang praktikal itu, kita dapat lihat ketelitian perincian serta kekemasan hasil tukang besi Swiss.